SELAMAT DATANG KE BLOG CHEKGU CHOMEL

Thursday 30 August 2012

Thinking Maps - Pengangkutan (Sains)


1. Tree Map



2. Brace Map





3. Bridge map




 4. Circle Map




5. Double Bubble Map






6. Flow Map






7. Multi Flow Map





8. Bubble Map





ithink (Pengangkutan dan Perhubungan - Sains)

Semoga menjadi rujukan berguna pada rakan-rakan....

Sunday 26 August 2012

ISU SEMASA 

Minda: Kawal gejala murung di peringkat awal 
Oleh Dr Aminudin Mansor 

GEJALA penyakit mental sukar dikesan pada peringkat awal. Beberapa faktor yang menyumbang kepada penyakit ini antaranya tekanan perasaan yang tidak dapat dikawal, faktor keturunan dan persekitaran menyebabkan seseorang itu tidak dapat mengawal perasaan serta emosinya terutama ketika marah. Apatah lagi jika ia membabitkan pelajar di peringkat sekolah khususnya sekolah menengah. Guru perlu dapat mengesan gejala kemurungan dan tekanan di kalangan pelajar dalam kelas dan di sekolah sebagai langkah awal mengatasinya. 

Fenomena gejala kemurungan ini akhirnya membawa kepada tekanan perasaan dan emosi yang menyebabkan pelbagai kejadian tidak diingini seperti kes cucu menikam datuk hingga mati, wanita serang ibu suami, tikam kekasih abang ipar serta marah isteri belasah mentua. Kes seperti ini disebabkan seseorang itu tidak dapat mengawal perasaan ketika marah. Oleh sebab itu, melalui pendidikan di sekolah, setiap pelajar dididik supaya dapat menyeimbangkan jasmani, emosi, rohani dan intelek dalam menjalani kehidupan seharian. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, kementeriannya mendapati secara keseluruhan, 400,227 pesakit mental mendapatkan rawatan berkaitan kesihatan mental di hospital kerajaan tahun lalu ia menunjukkan peningkatan 15.6 peratus berbanding 2009 iaitu 337,791 kes. Menurut beliau, gejala kesihatan mental dalam kalangan remaja juga menunjukkan pola meningkat dan perlu ditangani dengan sebaik mungkin dari semasa ke semasa. 

Bagi mengatasinya, empat sekolah dipilih sebagai sekolah perintis bagi melaksanakan satu modul khas mengesan gejala penyakit mental dalam kalangan remaja pada peringkat awal. Modul itu berbentuk Modul Kemahiran Kesihatan Mental Di Kalangan Remaja di sekolah itu akan dijalankan dalam tempoh enam bulan dan hasilnya akan dibincangkan dengan Kementerian Pelajaran. Menurutnya, kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk mengenal pasti gejala penyakit mental di kalangan remaja pada peringkat awal yang dijalankan selama enam bulan bagi mendapatkan hasil sebelum dibincangkan dengan Kementerian Pelajaran untuk diperluaskan di sekolah menengah di seluruh negara. 

Pada peringkat awal, empat sekolah terbabit dalam projek itu ialah Sekolah Menengah (SM) Sains Teluk Intan, Perak; SM Datuk Haji Ahmad Badawi, Pulau Pinang; SM Simpang Bekok Melaka dan SM St Michael, Penampang, Sabah. Beliau berkata, usaha yang dilakukan bukan bermakna kementerian menyasarkan pelajar sebagai kumpulan berisiko, tetapi lebih kepada memberi kemahiran kepada guru dan kaunselor mengesan gejala kemurungan serta tekanan di kalangan pelajar di peringkat awal. Justeru, gejala kemurungan dan tekanan pelajar mestilah dapat diurus dengan baik dan seimbang. Mengawal emosi dan perasaan sangat penting dalam menahan kemarahan yang boleh menyebabkan pelbagai perkara buruk berlaku seperti mengamuk, perasaan tidak terkawal serta marah berlebihan. Melalui pendidikan, akan dapat membangunkan diri manusia sama ada personalitinya, emosi, perasaan, pemikiran dan intelek ke arah yang seimbang. Nilai murni dan nilai moral perlulah sentiasa diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. 

Kajian ahli psikologi mendapati pengaruh pembentukan personaliti meliputi tiga faktor iaitu pewarisan, pengalaman (pembelajaran) dan budaya. Faktor ini mempengaruhi ke arah gejala kemurungan dan tekanan yang akhirnya menyebabkan sakit mental. Faktor sosial dan persekitaran dengan jelas menyumbang kepada tingkah laku. Pengawalan emosi sangat penting terutama di saat kemarahan dan menerima tekanan. Hubungan antara ibu bapa dan anak dengan perasaan kasih sayang serta kemesraan dapat membentuk personaliti yang seimbang. Islam menegaskan, akhlak yang mulia dapat mendidik dan mengawal tingkah laku meliputi emosi dan perasaan, iaitu seseorang itu sentiasa bersopan santun, sabar, mengingati Allah, sentiasa beradab, merendah diri, pemaaf, tidak mudah marah, syukur, takwa serta tawakal menghadapi ujian dan dugaan. Sifat sabar dan pemaaf dapat mengatasi gejolak emosi kemarahan tanpa kawalan. Sabar adalah satu-satunya sifat akhlak yang paling indah sekali. 

Sebagai umat Islam, kita disuruh bersabar menahan kemarahan ketika ditimpa kesusahan atau cubaan. Sementara sifat pemaaf dapat memadamkan kemarahan dalam hati dan jiwa yang disulami dengan adab sopan yang baik. Usaha semua pihak dalam menangani masalah ini dapat mengurangkan gejala kemurungan dan tekanan perasaan dalam kalangan remaja. Pendidikan adab dan akhlak yang baik di rumah serta di sekolah dapat membentuk tingkah laku yang seimbang di kalangan remaja yang dapat membentuk personaliti seimbang dan unggul pada masa depan. 

Penulis berkelulusan PhD Persuratan Melayu. 



Artikel ini disiarkan pada : 26/08/2012
KENALI EMOSI SAYA.. =.=''

JENIS EMOSI BILA BANGUN TIDUR...
JENIS EMOSI BILA DAPAT MINUM SUSU
JENIS EMOSI BILA DAPAT BERJALAN-JALAN
JENIS EMOSI BILA TUMBUH GIGI
JENIS EMOSI BILA KENA MARAH DENGAN MAMA
JENIS EMOSI BILA TIDAK DIBERI PERHATIAN
JENIS EMOSI BILA DAPAT MAINAN BARU..OWH YEAH....




SAYA TERTEKAN !!!



Tekanan emosi merupakan sesuatu yang memang tidak asing lagi bagi orang yang kerap menghadapi masalah. pekerja pejabat yang perlu menyiapkan tugas -tugasnya dalam tempoh masa yang ditetapkan mungkin akan menghadapi tekanan emosi jika dia gagal berbuat demikian. Pertelingkahan suami isteri boleh mendatangkan tekanan emosi kepada kedua -dua pihak dan akan mengganggu tugas -tugas harian mereka. Kanak -kanak yang tidak menunjukkan kemajuan di sekolah akan merunsingkan fikiran ibu bapanya dan sering menyebabkan berlakunya stress dikalangan ibu bapa tersebut. Berbagai -bagai lagi keadaan boleh menimbulkan tekanan emosi kepada seseorang individu.

Adakah kanak -kanak juga mengalami tekanan emosi ?

Tekanan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. 

  1. Dalam satu kes , seorang pelajar yang menduduki peperiksaan sijil rendah pelajaran mengeluh sering sakit kepala , sakit perut dan tidak dapat tidur nyenyak. Ini semua berpunca daripada perasaan resah dan kurang yakin yang dia akan dapat melepasi halangan akademik itu dengan jayanya.
  2. Dalam satu kes lain pula , seorang kanak -kanak berusia enam tahun dibawa ke klinik kerana sering kencing malam sejak sebulan yang lalu . Apabila diperiksa , kesihatannya didapati memuaskan tetapi apabila diselidik keadaan psikososial keluarganya , diberitahu bahawa si ayah telah pergi berkursus ke luar negeri selama enam bulan. Kanak -kanak ini amat rapat dengan ayahnya. Ketiadaan ayahnya menyebabkan dia tidak mendapat perhatian yang diharapkan. Tekanan emosi akhirnya menyebabkan dia sering kencing malam dan mencuri barang -barang kawan -kawannya di tadika.
  3. Satu lagi contoh tekanan emosi ialah kanak -kanak yang sering kencing malam dan tidak selera makan akibat suasana di rumah yang kurang stabil. ibu bapanya sering bertelagah dan sedang berura -ura untuk berpisah.
  4. Kanak -kanak yang berusia tiga tahun yang tidak pernah berenggang dengan ibunya juga akan dilanda tekanan emosi jika ditinggalkan dibawah jagaan pengasuh tadika. Dia akan menangis dan menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara. Jika kanak -kanak ini dimasukkan ke hospital , ibu atau bapanya dinasihatkan agar sentiasa berada di sisinya kerana keadaan persekitaran yang asing dan berbeza akan memberi kesan kepada status emosi anak itu. Kehadiran ibu bapa sedikit sebanyak akan mengurangkan tekanan emosi dan perasaan takut kanak -kanak tersebut.

Bayi juga boleh mengalami tekanan emosi. Rasa kurang selesanya terhadap sesuatu keadaan dipamerkan melalui tangisan yang lebih kerap , keengganan untuk menyusu dan tidak subur.

  1. Dalam suatu kes , seseorang bayi berusia enam bulan yang tidak subur telah diperiksa di klinik dan didapati bahawa dia kurang menyusu. Bayi tersebut tidak mendapat layanan mesra daripada ibunya yang mengalami depression. Dia dijaga sama ada oleh ibu saudaranya , pembantu rumah atau kadangkala jirannya. Nyatalah bahawa anak ini sering meragam kerana tidk dapat menikmati belaian ibu kandungnya. Si ibu kemudian diberikan rawatan kaunseling . Dia telah dapat mengubah caragaya keibuannya dan ekoran daripada itu , hubungan ibu dan anak menjadi lebih mesra. Si anak lebih nyenyak tidurnya dan menyusu dengan lebih baik. Timbang beratnya ternyata meningkat dengan lebih memuaskan selepas beberapa bulan kemudian.

Dari contoh -contoh yang diberikan ini , kita dapat melihat bahawa tekanan emosi boleh berlaku kepada kanak -kanak di pelbagai peringkat usia . Tanda -tanda yang ditunjukkan oleh kanak -kanak berbeza -beza mengikut usia masing -masing. Seorang kanak -kanak yang mengalami tekanan emosi mungkin kurang selera makan , loya tekak dan muntah -muntah , sakit perut , sakit kepala , pucat dan tidak aktif. Ada juga yang menjadi tidak bermaya , lelah , sukar tidur malam , kencing malam , menggigit -gigit kuku , menarik -narik rambut dan sebagainya.

Kanak -kanak yang mengalami tekanan emosi mungkin kelihatan lebih kurus akibat hilang selera makan. Doktor yang merawat kanak -kanak yang mempamerkan tanda -tanda seperti yang disebutkan di atas perlu melakukan pemeriksaan yang teliti supaya sebarang penyakit , jika wujud dapat dirawat segera. jika doktor yakin tidak ada unsur penyakit berbahaya yang terlibat , keadaan psikososial si anak pula perlu dinilai dengan terperinci. Kemungkinan besar , dia menghadapi tekanan emosi.

Ambil contoh kanak -kanak yang telah mencapai usia enam tahun tetapi masih tidak boleh bercakap dengan fasih dan mempamerkan prestasi intelek yang kurang memuaskan.Ini mungkin kerana dia berasa kurang selesa di tadika atau disekolahnya.  Dalam usaha untuk mendapatkan perhatian , kanak -kanak ini mungkin menjadi hiperaktif , sering mengacau kanak -kanak lain dan merayau -rayau sesuka hatinya. 

Adakalanya , kanak -kanak diasuh dan dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Mereka tidak dibekalkan dengan bahan -bahan bacaan dan peralatan menulis yang cukup. Ada sesetengahnya pula tidak dibiasakan untuk berkomunikasi dan berhubung dengan orang lain secara terbuka. Akibatnya , mereka berasa kurang yakin dengan diri sendiri. Akibat kurangnya pergaulan , kemahiran sosial mereka terbantut.


Apabila mereka dimasukkan ke tadika atau sekolah , mereka mengalami ketegangan jiwa. Mereka berasa kurang yakin pada diri sendiri serta tidak banyak bercakap. Malahan , perasaan takut mungkin bersarang dalam jiwa mereka, terutama apabila berhadapan dengan guru. 

Ibu bapa yang rapat serta peka terhadap keperluan anak -anak pasti dapat merasai perubahan pada anak yang mengalami tekanan emosi , terutamanya dari segi tingkah laku dan cara percakapan. Kanak -kanak yang mengalami tekanan emosi lebih suka berseorangan , termenung , merayau -rayau dan berkelakuan tidak menentu. Mereka sering kelihatan tidak bermaya , kurang menunjukkan minat dan tidak mempamerkan wajah gembira dan mesra seperti biasa. Mereka mungkin menjadi lebih pemarah ,lebih resah , kurang sabar , tidak suka ditegur dan menunjukkan berbagai -bagai corak tingkah lakuyang tidak menyenangkan.

Kanak -kanak yang akan menduduki peperiksaan , sedang menunggu keputusan peperiksaan atau yang mengalami krisis pergaulan dengan rakan sebaya berkemungkinan akan mengalami tekanan emosi. Anak -anak yang sedang melalui zaman remaja sering mengalami konflik perasaan dan mudah berasa tersinggung.

 Bagaimanakah cara untuk mengurangkan tekanan emosi ? 

Setiap individu memang mempunyai kebolehan untuk mengatasi kelemahan -kelemahannya. Begitu juga dengan kanak -kanak yang sedang membesar yang mudah dibentuk pemikirannya melalui pendidikan dan contoh -contoh positif.

Tabiat -tabiat yang kurang sihat dan negatif boleh menjejaskan prestasi seseorang kanak -kanak. Contohnya , seorang kanak -kanak berusia 10 tahun sering mengeluh tidak boleh tidur malam dan berasa resah untuk menghadapi peperiksaan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa pengalaman -pengalaman yang dilaluinya sejak kecil tidak banyak mengajarnya membina keyakinan diri. Gurunya menyatakan bahawa dia seorang budak yang lembab sejak dia di dalam darjah satu lagi.Kecaman dan denda kerana prestasi akademik yang tidak memuaskan tidak akan mendatangkan apa -apa manfaat malahan akan lebih menyinggung perasaanya.

Dia memerlukan galakan , sokongan dan tunjuk ajar daripada guru -guru yang arif supaya dia dapat maju dalam pelajarannya. Kanak -kanak seperti ini sering mendapat tekanan emosi. Untuk meredakan keadaan emosi yang berkecamuk , dia mungkin menunjukkan tingkah laku seperti melawak , menjadi agresif , sentiasa resah atau tidak mengambil berat langsung dalam hal -hal sekolah.

Kesimpulan 

Tekanan emosi boleh dialami oleh kanak -kanak tanpa mengira usia. Manifestasi yang ditunjukkan berbeza -beza mengikut tahap perkembangannya . Ibu bapa perlu memahami dan mengenali ciri -ciri tekanan emosi di kalangan anak -anak tersebut.
VIDEO : SKETCH MIND UNTUK TAJUK TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

Anda boleh lihat paparan video ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang tajuk
"Tekanan emosi dalam kalangan murid"


Friday 20 July 2012

HAK ASASI KANAK-KANAK

SLAID 1
SLAID 2
SLAID 3
SLAID 4
SLAID 5
SLAID 6
SLAID 7
SLAID 8
SLAID 9
SLAID 10
SLAID 11
SLAID 12
SLAID 13
SLAID 14

Monday 16 July 2012

Sunday 15 July 2012

SEKAPUR SIREH


Pemilik Blog Chekgu Chomel : Engku Syakirah =.=''


Assalamualaikum W.B.T

Terima kasih kepada semua yang sudi singgah ke blog kami. Alhamdulillah, berkat usaha kami dapat menghasilkan blog chekgu chomel dengan baik. Untuk makluman semua, pengalaman kami amatlah cetek dalam penggunaan blog yang mana kita sedia maklum menjadi tumpuan masyarakat masa kini namun itu tidak menjadi halangan kepada kami untuk mencuba sesuatu yang baharu dalam menyahut cabaran sebagai Guru Semasa.